Riaishah Azurin Binti Mohd Rizuan KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
Projek ini dapat digunakan dalam operasi pengeluaran atau yang bertujuan untuk mendapatkan bahagian pegangan yang kesat dan mencantikkan benda kerja. Selain itu, knurling jig juga mempunyai reka bentuk yang berbeza berbanding alatan membunga biasa. Hal ini kerana knurling jig ini dapat membunga benda kerja silinder maksimum berdiameter 60 mm. Reka bentuk tersebut adalah mudah dan tidak rumit supaya kilang juga dapat memproses atau menghasilkan produk dengan lebih cepat, reka bentuk yang ringkas dan mudah difahami dan juga lebih menjimatkan masa.