PNR449: E-KART-PIn (I-FoHaMIPeS)

MUSZAFFAR MUHAMMAD BIN MUSTAPHA SMK SERI TANGKAK

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 24 Views | 38 times | LS: 38.0
Like it? | Support them now!

Inovasi E-KART-PIn (I-FoHaMIPes) ini dihasilkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran menulis karangan perenggan. Seramai empat orang murid SMK Seri Tangkak dan seorang guru Bahasa Melayu telah terlibat dalam penghasilan bahan inovasi ini. Objektif umum pelaksanaan inovasi ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid yan berada pada aras sederhana dalam menulis karangan perenggan isi menggunakan bahasa inovasi E-KART-PIn (I-FoHaMIPeS) sekali gus meningkatkan kemahiran menulis murid supaya boleh menulis karangan yang berkualiti. 

E-KART-PIn (I-FoHaMIPeS) merupakan kad yang mengandungi teknik penulisan karangan dan juga kod QR yang boleh diakses secara dalam talian. Teknik ini menggunakan akronim yang memudahkan murid untuk mengingat cara menulis karangan bahagian B dengan lebih teratur dan mudah.  kod QR yang disertakan juga mempunyai nota-nota sampingan untuk memudahkan murid merujuk bahan dan bertanyakan soalan kepada guru. 

Bahan inovasi ini telah diperkenalkan semasa sesi PdPc berlangsung di dalam kelas. Keputusan pascaujian telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam ujian yang telah dilaksanakan.  Hasil pemerhatian PdPc juga telah mendapati bahawa murid lebih mudah untuk menjawab soalan dan menulis karangan dengan lebih baik.

 

kata kunci: E-KART-PIn (I-FoHaMIPeS), kemahiran menulis karangan