NVR306: KEKJEKTIF

MONISHA A/P KUMARAN SJKT LADANG SELINSING

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 16 Views | 32 times | LS: 32.0
Like it? | Support them now!

Type Your

Inovasi KEKJEKTIF dibangunkan sebagai solusi kreatif bagi menangani isu kelemahan murid sekolah rendah dalam penguasaan kata adjektif. Kajian awal mendapati murid menghadapi tiga cabaran utama iaitu kesukaran mengenal pasti dan mengklasifikasikan kata adjektif, kekurangan motivasi dan minat dalam mempelajari tatabahasa, serta kelemahan mengaplikasikan kata adjektif dalam penulisan. Bagi mengatasi permasalahan ini, KEKJEKTIF direka bentuk dengan mengintegrasikan pendekatan gamifikasi, pembelajaran interaktif, serta latihan pemulihan, pengayaan dan pengukuhan (3P) yang disusun mengikut tahap kecerdasan murid. KEKJEKTIF mengandungi nota interaktif, ayat contoh, lebih 100 latihan bina ayat, serta aktiviti berperingkat, yang membolehkan murid menguasai kata adjektif secara lebih sistematik. Selain itu, inovasi ini bersifat mesra mudah alih, boleh diakses melalui pelbagai peranti, dan berfungsi sebagai instrumen pentaksiran holistik serta autentik bagi PBD. Hasil penggunaan menunjukkan peningkatan minat dan motivasi murid, di samping memperkukuh keupayaan mereka menggunakan kata adjektif secara kreatif dan tepat dalam penulisan.Secara keseluruhannya, KEKJEKTIF berpotensi memperkasakan pembelajaran bahasa Melayu melalui pendekatan digital yang inovatif, seterusnya menyokong usaha pemodenan PdP selaras dengan aspirasi pendidikan abad ke-21.

Abstract Here!