PNR359: MATANG LEADERSHIP ASSESSMENT (M-LEAPS) : KEMENJADIAN MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BERWIBAWA

FEDERER ZANUZI ANAK THOMAS KOLEJ VOKASIONAL MATANG

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 22 Views | 40 times | LS: 40.0
Like it? | Support them now!

Program Matang Leadership Assessment (M-LEAPS) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Matang merupakan inisiatif awal yang dilaksanakan sebelum proses pilihan raya kampus, dengan objektif utama mengenal pasti serta membentuk potensi kepimpinan dalam kalangan pelajar. Program ini berperanan sebagai platform persediaan dan penilaian awal bagi melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang lebih berwibawa, berdaya saing dan bersemangat tinggi. Keberkesanan program ini terbukti apabila berlaku peningkatan ketara dalam kualiti kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, selain kejayaan memperoleh kelulusan untuk menjalankan program di peringkat antarabangsa serta pelaksanaan pelbagai penambahbaikan dalam struktur organisasi dan aktiviti pelajar.