AHMAD WIDAD KHALIS BIN MOHAMAD KHAIDHIR SMA AL-MAHMUDI
MyFeel Link ialah platform digital interaktif untuk warga SMA Al-Mahmudi yang menyediakan ruang selamat meluahkan perasaan, berkongsi pengalaman, dan mendapatkan sokongan emosi melalui chatbot AI, kaunselor, dan modul interaktif. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan mental, membina komuniti penyayang, dan mengurangkan stigma psikososial. Dengan akses 24 JAM SEHARI dan 7 HARI SEMINGGU, privasi terjamin, serta sokongan berterusan, MyFeel Link membantu memperkukuh kesejahteraan emosi dan sosial pelajar dan guru dalam suasana pembelajaran yang harmoni.