ABEGUEL CLEO NIKALAUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN
Inovasi Pelangi NiDiTem dibangunkan sebagai alat bantu mengajar bagi membantu murid memahami konsep nilai tempat dan nilai digit dengan lebih mudah, kreatif, dan menyeronokkan. Melalui pendekatan visual berwarna-warni berasaskan susunan pelangi (Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Nila, Ungu), murid dapat mengaitkan setiap warna dengan kedudukan digit dalam sesuatu nombor. Kaedah ini memudahkan murid mengingat urutan nilai tempat daripada satu hingga sejuta serta meningkatkan keupayaan mereka membezakan antara nilai tempat dan nilai digit. Dalam pelaksanaannya, murid menulis nombor pada papan pelangi, kemudian mengisi nombor yang sama pada jadual nilai tempat dan nilai digit mengikut warna yang sepadan. Melalui pengisian ruang kosong dengan sifar, murid dapat menentukan nilai digit secara tepat. Contohnya, bagi nombor 7349, digit “7” berada pada nilai ribu, maka nilai tempat ialah 7 ribu, manakala nilai digit ialah 7000. Hasil penggunaan inovasi ini didapati mampu membantu murid menguasai kemahiran asas matematik dengan lebih sistematik, menyeronokkan, dan berkesan. Ia juga berpotensi meningkatkan motivasi murid serta menyokong pelaksanaan pedagogi abad ke-21 yang menekankan pembelajaran interaktif dan berpusatkan murid.