NVR291: ECO-COOL ZEER POT

QAISARA AISYAH BINTI MOHD KAMARUL SK LABU

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 11 times | LS: 11.0
Like it? | Support them now!

Eco-Cool Zeer Pot merupakan satu inovasi penyejukan makanan yang direka khas untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga elektrik dan pada masa yang sama membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Inovasi ini menggunakan bahan-bahan mudah didapati seperti dua pasu tanah liat (satu besar dan satu kecil), pasir lembap di antara ruang pasu, kain lembap sebagai penutup, dan pita pelekat untuk menutup lubang pasu. Zeer Pot berfungsi berdasarkan prinsip penyejatan air, yang mampu menurunkan suhu dalaman pot kepada sekitar 25°C hingga 30°C. Kajian telah dijalankan untuk mengukur tempoh kesegaran makanan yang disimpan, dan didapati bahawa makanan kekal segar lebih lama berbanding jika disimpan pada suhu bilik. Objektif utama inovasi ini adalah untuk menyediakan kaedah penyejukan alternatif yang murah, mudah dan mesra alam. Antara kelebihannya ialah penjimatan tenaga, pengurangan pembaziran makanan, dan potensi besar sebagai penyelesaian di kawasan luar bandar atau semasa bencana. Eco-Cool Zeer Pot membuktikan bahawa pendekatan tradisional masih relevan dalam menyokong gaya hidup moden yang lestari dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.