NVR693: SCRA-BOARD

Nur Saidatul Athirah Bte Saiful Nizam SK Bandar

SK Bandar Batu Pahat berkerjasama dengan Uthm untuk menghasilkan inovasi yang bertajuk "Scra-Board". Hasil daripada pemerhatian subjek Keselamatan Jalan Raya, kami mendapati ada di kalangan murid berkeperluan khas khususnya murid disleksia menghadapi kesukaran dan kecelaruan untuk mengenalpasti arah kanan dan kiri. Maka, objektif inovasi untuk membantu mereka mengenalpasti arah kanan dan kiri dengan tepat dan betul menggunakan "SCRA-BOARD". Ciri yang direka berbeza dengan produk lain di pasaran dalam aspek mesra pengguna iaitu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana dan juga mesra alam sekitar iaitu reka luaran produk yang selamat dan jimat tenaga tanpa menggunakan elektrik. Dalam aspek pasaran, sangat sesuai dengan semua peringkat umur kerana sangat mudah diaplikasikan bermula peringkat pra sekolah, Pendidikan khas, pemulihan khas, sekolah rendah hingga ke peringkat menengah bergantung kepada isu yang diketengahkan. Matlamat akhirnya membantu individu mengendali "waze" dengan betul dan tepat.