NURIN FATIHAH MARDYIAH BINTI ABDULLAH SMK BESERAH,KUANTAN
Masalah disiplin yang mencatat peratus tertinggi di sekolah adalah kesalahan membawa barang terlarang seperti rokok elektronik atau lebih dikenali dengan vape. Isu ini menjadi semakin parah apabila 'pod' yang digunakan mengandungi dadah yang boleh merosakkan anak bangsa negara. Akhbar Berita Harian bertarikh 4 Feb 2025 melaporkan 20000 murid di Malaysia terjebak dengan penggunaan vape. Mengikut data SSDM, 3704 murid bersamaan 0.07% murid dilaporkan melakukan kesalahan disiplin merokok di kawasan sekolah. Untuk mengekang masalah ini dan dalam masa yang sama tidak menambahkan beban guru di sekolah, satu inovasi IoT telah dicipta dan dinamakan BeSS SMART Gate.
Penciptaan BeSS SMART Gate mampu menangani peningkatan kes disiplin membawa vape ke sekolah dengan meminimakan tenaga kerja manusia dan memoptimumkan fungsinya di pagar sekolah. Produk ini akan dipasang pada pintu pagar kecil sekolah dengan penggunaan IoT sebagai tunjang utama produk ini. Kebolehpasaran produk adalah tinggi kerana mampu mengurangkan beban tugas pentadbir dan guru.
BeSS SMART Gate dijangka menjadi inovasi berimpak tinggi kerana produk ini mampu mengurangkan kes disiplin murid di sekolah. Selain itu, impak kepada PPD dan JPN adalah membentuk kemenjadian sahsiah murid dengan penurunan laporan kes disiplin di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sekaligus memberi impak besar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam aspirasi melahirkan murid yang tinggi Karamah Insaniah dengan karakter Anak Baik lagi Cerdik (ABC).