NUR FASHAH BINTI NADZMIN SK BEBULOH WP LABUAN
Penentuan dalam meletakkan tanda waqaf adalah berdasarkan tatabahasa Arab dan aspek makna ayat al-Quran sebagai suatu kemudahan kepada pembaca al-Quran. Perkara ini bertujuan supaya pembaca dapat berhenti pada tempat sesuai bertepatan dengan makna dan lafaz. Namun begitu sebagai seorang guru Pendidikan Islam, pengaji mendapati murid sukar membezakan setiap fungsi 6 tanda waqaf disamping kurang berminat mempelajari tanda waqaf. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini bertujuan membantu murid membezakan setiap fungsi 6 tanda waqaf dan menambah minat murid mempelajari tanda waqaf. Kajian tindakan menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) dengan menggunakan tiga instrumen iaitu analisis dokumen , pemerhatian dan temubual. Kajian ini melibatkan enam murid Tahun 4 yang dipilih berdasarkan analisis markah dalam tugasan yang diberikan dan pemerhatian sepanjang sesi PdPc. Pengkaji menggunakan intervesi Penanda Waqaf Bermagnet bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh murid. Berdasarkan kutipan data telah menunjukkan bahawa intervensi yang telah diaplikasikan kepada murid dapat membantu mereka dalam menguasai tanda waqaf dengan lebih baik.
Kata Kunci : Pendidikan Islam, Penanda Waqaf Bermagnet, dan Kajian Tindakan