PNR314: JACKSEED TART

NURDINA NADIA FARHANA BINTI JUHAIDI KOLEJ VOKASIONAL GERIK

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0833 | 2 Likes | 24 Views | 51 times | LS: 53.2
Like it? | Support them now!

Kajian ini memperkenalkan inovasi makanan berasaskan biji nangka melalui penghasilan Jackseed Tart. Biji nangka yang kebiasaannya dianggap sebagai sisa buangan mempunyai potensi besar kerana kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta serat. Melalui proses pengolahan biji tertentu, biji nangka dijadikan pes atau tepung sebagai bahan utama dalam pembuatan kulit tart, manakala inti menggunakan buah nangka masak yang manis. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengurangkan pembaziran sumber tempatan, menghasilkan produk inovatif yang mampu bersaing di pasaran, serta menilai penerimaan pengguna terhadap produk ini. Hasil inovasi ini berimpak positif dari segi individu, masyarakat dan negara dengan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurangan sisa makanan, membuka peluang keusahawanan baharu, serta mempromosikan identiti makanan tempatan berinovasi. Selain itu, Jackseed Tart mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan melalui strategi penjenamaan, pembungkusan mesra alam, serta pemasaran digital di pasaran tempatan dan antarabangsa. Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menonjolkan kreativiti dalam bidang makanan, malah menyumbang kepada konsep kelestarian makanan melalui penggunaan biji nangka sebagai produk bernilai tambah.