PNR688: SEJARAH A+ FUN (SAF)

HAWA KHALISHAH BINTI NAJMI MRSM JOHOR BAHRU

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 22 times | LS: 22.0
Like it? | Support them now!

Sejarah adalah salah satu subjek subjek yang memerlukan pelajar perlu menguasai konsep kemahiran sejarah. Konsep kemahiran sejarah merujuk kepada satu proses pemikiran sistematik untuk memahami masa lalu secara kristis  yang merangkumi kemahiran seperti memahami kronologi, meneroka bukti (sumber primer dan sekunder), membuat interpretasi, menggunakan imaginasi, melakukan rasionalisasi, dan menganalisis sebab dan akibat. Kaedah ini menyebabkan pelajar sukar untuk mengingat fakta dengan lebih mendalam semasa sesi PDPC secara formal di dalam kelas. Oleh yang demikian, satu sistem ulangkaji secara berkesan telah dibangunkan yang dikenali sebagai SAF. SAF merupakan satu kaedah ulangkaji menggunakan sistem yang dibangunkan bagi tujuan ulangkaji. Dalam sistem ini pelajar boleh mendapatkan bahan dan soalan untuk melakukan ulangkaji. Dapatan mendapati bahawa pelajar lebih seronok belajar kerana mereka boleh membuat ulangkaji bila-bila masa sahaja secara interaktif.