NVR633: SMART FOREST FIRE DETECTION SYSTEM (SFFDS)

MUHAMMAD MAULID IQZHMI SK DATUK NAN KAYA

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.1337 | 25 Likes | 187 Views | 41 times | LS: 69.3
Like it? | Support them now!

Isu kebakaran hutan semakin membimbangkan kerana memberi kesan besar terhadap alam sekitar, suhu bumi, dan keselamatan manusia. Menyedari kepentingan menangani masalah ini, kumpulan NK ROBO ONE telah membangunkan Smart Forest Fire Detection System (SFFDS), satu sistem pintar berasaskan konsep 3M – Mengesan, Menghalang, dan Mengawal. Sistem ini menggunakan mikropengawal, pengesan haba, pam air, buzzer dan LED yang diprogram melalui aplikasi Studuino. Apabila suhu mencapai 60°C, sistem mengesan peningkatan haba dan mengaktifkan siren serta lampu amaran. Pada masa yang sama, sistem IoT menghantar amaran ke balai bomba berdekatan melalui satelit, manakala pam air diaktifkan untuk menyembur air ke kawasan sekitar sebagai firebrake awal. Inovasi ini bukan sahaja mempercepatkan tindakan kecemasan, malah membantu pihak bomba mengawal api daripada merebak dengan lebih luas. SFFDS berpotensi besar untuk dikomersialkan bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan keselamatan khazanah hutan negara.