NUR SOLEHAH HUSNA BINTI ZAIDUL KADRI SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA
TAJUK INOVASI
HAYYA NUNSYID ( Jom Nyanyi )
i. Objektif/ matlamat.
"HAYYA NUNSYID" dibangunkan dengan objektif utama untuk membantu murid menghafal kosa kata dan ayat-ayat mudah Bahasa Arab dengan lebih efektif dan menyeronokkan. Matlamatnya ialah untuk memperkukuh daya ingatan murid serta memupuk minat terhadap Bahasa Arab melalui kaedah hafalan kreatif dan seronok.
ii. Metodologi atau pendekatan atau kaedah kajian.
Inovasi ini menggunakan pendekatan didik hibur bagi membantu murid menghafal kosa kata dan ayat mudah Bahasa Arab secara menyeronokkan. Bahan pembelajaran dibina berdasarkan tema dan disampaikan melalui lagu, gerakan tangan, dan kad bergambar. Murid menjalani sesi hafazan secara berperingkat, diikuti dengan aktiviti kuiz dan permainan untuk mengukuhkan ingatan. Penilaian dibuat melalui pemerhatian dan soal jawab lisan. Kaedah ini menekankan penggunaan pelbagai deria untuk meningkatkan daya ingatan dan minat murid.
iii. Kelebihan dan keunikan inovasi
Keunikan inovasi ini terletak pada gabungan elemen seni dan kinestetik dalam proses hafazan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai gaya pembelajaran. Ia juga mesra murid, boleh digunakan secara berkumpulan atau kendiri, dan mudah disesuaikan oleh guru di dalam atau luar bilik darjah.
iv. Impak yang dijangkakan dalam pembelajaran Bahasa
Inovasi ini dijangka dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dan ayat mudah Bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah rendah. Penggunaan irama dan ilustrasi mampu merangsang minat belajar menjadikan hafazan lebih mudah dan menyeronokkan. Murid akan lebih yakin bertutur, memahami dan mengingati isi pelajaran. Ia juga menyokong penglibatan aktif dalam PdPc dan menggalakkan pembelajaran secara kendiri serta kolaboratif.
Kata kunci: Nyanyi dengan irama,Ingat selamanya.