NURUL FAREHAH BINTI AWANG MAD KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
"Tile Curve Pen Cutter" merupakan suatu idea inovasi bagi memberikan kemudahan dan hasil kerja yang lebih baik dalam kerja-kerja pemasangan jubin terutamanya pada permukaan yang memerlukan corak atau bentuk yang melengkung. Skop projek inovasi ini adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kegunaan bagi kerja-kerja kemasan dalam projek pembinaan bangunan yang bersaiz sederhana. Penghasilan projek inovasi ini tercetus semasa membuat pemasangan jubin bagi lantai atau dinding, iaitu biasanya akan timbul masalah kepada tukang untuk menyediakan kepingan jubin yang berbentuk lengkuk atau bercorak melengkung. "Tile Curve Pen Cutter" diharapkan dapat meningkatkan kualiti kerja pemasangan jubin dan merangsang cetusan-cetusan idea yang kreatif pada masa akan datang.