MUHAMMAD DANIAL BIN ZAMRI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMERLOH
Type Your Abstract Here!
Projek inovasi ini dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan imbuhan awlan meN- dalam kalangan pelajar tingkatan 3 dengan menggunakan Inivasi IMBUH Tujuan inovasi ini ialah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasikan imbuhan awalan meN- secara bertatasusila dan menarik minat murid untuk mempelajari imbuhan awalan meN-. Projek ini secara keseluruhannya menggunakan Model Pembangunan Inovasi MICUP iaitu Pengenalpastian masalah, Penjanaan Idea Inovasi, Penciptaan produk, Pengujian Produk, dan Penjenamaan produk, (MICUP) yang diperkenalkan oleh Rosni (2019) sebagai rujukan. Data dianalisis melalui ujian pra dan ujian pasca. Hasil dapatan kajian, menunjukkan peningkatan ketara dalam pencapaian setiap peserta kajian selepas intervensi dijalankan. Berdasarkan skor dalam praujian dan pascaujian menunjukkan peningkatan peratusan pencapaian pelajar melebihi 10% dengan perbezaan min sebanyak 3.50. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa IMBUH efektif dalam membantu pelajar tingkatan 3 meningkatkan penguasaan imbuhan awalan meN-. Oleh itu, IMBUH wajar diperluas dari aspek penggunaannya oleh para pelajar dan guru untuk mengatasi masalah penguasaan awalan meN- dalam kalangan pelajar sekolah menengah.