PNR544: CHROMO CREAM

NUR IMANA AQILAH BINTI ZULKARAMI SMK DATO AHMAD MAHER

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0912 | 26 Likes | 285 Views | 8 times | LS: 36.4
Like it? | Support them now!

 

ABSTRAK: Krim Chromo diperbuat daripada daun kapal terbang yang mempunyai nama saintifik Chromolaena Odorata, minyak zaitun, minyak mawar, aloevera dan lilin lebah. PENGENALAN: Pada masa kini, adalah penting untuk membangunkan kreativiti sebagai sumber utama. Krim Chromo adalah produk yang boleh menyelesaikan masalah, seperti masalah kulit gatal, ruam, melegakan kembung perut, menghentikan pendarahan, digunakan oleh ibu selepas bersalin dan menyembuhkan luka. PERNYATAAN MASALAH: Pendarahan yang tidak dapat dibendung akan menyebabkan seseorang kehilangan darah. Kembung perut berlaku apabila proses penghadaman tidak lancar.Masalah kulit gatal yang dihadapi oleh semua peringkat umur seperti keradangan kulit. METODOLOGI: Langkah pertama ialah menimbang semua bahan. Langkah kedua campurkan 14 gram lilin lebah, 86 gram minyak zaitun ke dalam bekas (double boil). Langkah ketiga ialah campurkan 20 gram daun kapal terbang, 30 gram pokok lidah buaya dan 2 gram minyak mawar sehingga hancur dan langkah terakhir kita perlu gaulkan bahan double boil dan bahan kisar sehingga sebati. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas. OBJEKTIF: Krim Chromo boleh digunakan untuk semua peringkat umur. Halal dan mengikut syariat, mudah dibawa ke mana-mana, boleh menyembuhkan luka, bukan bahan kimia dan harga mampu milik. KEPUTUSAN ANALISIS: Kesan penggunaan Krim Chromo ialah luka cepat sembuh dan parut cepat kering. KESIMPULAN: Kesimpulannya,memandangkan minat terhadap ubat herba tradisional terus berkembang,krim Chromo muncul sebagai tambahan berharga dalam perubatan alternatif.Ekstrak daripada tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti keradangan kulit, penyembuhan luka,membuat kulit semakin sihat seperti sediakala dan sangat mudah digunakan

 

KATA KUNCI : berasa lebih baik dengan krim chromo, herba tradisional