PNR77: SOAKA - SABUN INDUSTRI BERASASKAN MINYAK HITAM TRACTOR

MUHAMMAD AQIL HAIQAL BIN MUSTAFA KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0270 | 1 Likes | 37 Views | 159 times | LS: 160.0
Like it? | Support them now!

Abstract

 

Inovasi ini bertujuan untuk membangunkan sabun industri SOAKA  dengan menggunakan minyak enjin terpakai sebagai bahan asas. Seiring dengan peningkatan jumlah sisa minyak enjin yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar, projek ini mencadangkan penyelesaian kitar semula melalui proses saponifikasi, di mana sisa tersebut diubah menjadi produk kebersihan yang mempunyai nilai tambah. Kaedah kajian melibatkan pengumpulan dan penapisan minyak enjin, proses pemurnian, serta reaksi saponifikasi dengan penambahan bahan sokongan untuk menghasilkan sabun. Ujian kualiti dijalankan untuk menilai parameter pH, keberkesanan antibakteria, dan keupayaan pencucian produk. Hasil kajian menunjukkan bahawa sabun yang dihasilkan memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti, dengan pH yang seimbang serta aktiviti antibakteria yang signifikan, menjadikannya berkesan dalam membersihkan tangan. Oleh itu, produk ini tidak hanya berpotensi mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan minyak enjin, malah turut menawarkan alternatif yang lebih ekonomi dan mesra alam dalam memenuhi keperluan sanitasi masyarakat