ACE789: ProcureToon

NURUL SYUHADA BINTI MOHAMAD RAZALI KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.3659 | 15 Likes | 41 Views | 32 times | LS: 52.5
Like it? | Support them now!

Penguasaan tatacara pengurusan perolehan merupakan kompetensi teras bagi pelajar semester dua Program Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional. Namun, bagi modul CBF2114 Pengurusan Perolehan, pelajar sering berdepan dengan cabaran dalam memahami kepelbagaian dokumen perolehan seperti surat tanya, sebut harga, borang pesanan, nota serahan dan invois serta hubungan logiknya dalam situasi perniagaan sebenar. Kaedah PdP secara konvensional yang berasaskan teks dan hafalan menjadikan proses pembelajaran kurang menarik, seterusnya menyebabkan pelajar pasif, hilang motivasi serta melakukan kesilapan konsep semasa menyelesaikan tugasan dan latihan amali. Bagi menangani isu ini, inovasi ProcureToon diperkenalkan sebagai komik interaktif yang mengintegrasikan elemen visual, naratif karakter serta senario dunia sebenar. ProcureToon ini juga menyokong pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) melalui penerapan kemahiran komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreatif (4K) dalam aktiviti PdP. Inovasi ini dapat menggalakkan pembelajaran secara aktif, eksplorasi kendiri serta interaksi bermakna antara pelajar dan guru selari dengan aspirasi TVET Malaysia. ProcureToon berfungsi sebagai platform yang menjadikan pembelajaran lebih semulajadi, berorientasikan industri dan mesra kemahiran. Peralihan daripada pendekatan pasif kepada pedagogi visual interaktif membantu meningkatkan kadar ingatan pelajar, keyakinan dalam menyiapkan tugasan serta keupayaan mengaplikasikan konsep perolehan dalam konteks sebenar. Kesimpulannya, ProcureToon berpotensi menjadi bahan bantu belajar yang inovatif dan mampu memperkaya ekosistem PdP TVET secara berterusan. Inovasi ini diyakini dapat meningkatkan pencapaian hasil pembelajaran, memupuk semangat untuk lebih aktif dan kompeten serta memperkukuh literasi perniagaan.