NURDINA NADIA FARHANA BINTI JUHAIDI KOLEJ VOKASIONAL GERIK
Kajian ini dijalankan bagi menangani isu pembaziran dan pencemaran yang berpunca daripada pembuangan biji durian. Inovasi penghasilan D'seed, iaitu muffin berasaskan biji durian, dibangunkan sebagai produk tambah nilai yang mesra alam dan sesuai untuk semua peringkat umur. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan produk muffin daripada biji buah durian yang berkualiti, mengurangkan pembaziran pembuangan biji durian dan mengenalpasti tahap penerimaan produk muffin berasaskan biji durian. Hasil kajian menunjukkan bahawa penghasilan D'seed Muffin memberi pelbagai impak positif, antaranya meningkatkan kesihatan melalui pengambilan serat, membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat, serta menambah sumber pendapatan kepada petani dan usahawan. Selain itu, inovasi ini turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan berpotensi memperkukuh kedudukan negara sebagai peneraju dalam pembangunan produk makanan mesra alam di pasaran global. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa biji durian berpotensi besar sebagai sumber makanan alternatif yang mampan, inovatif dan bernilai komersial.