NUR ALEESYA SAFIA BINTI MOHD HADZRIRULLAH KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Kajian ini memperkenalkan inovasi makanan sosej koktail
dengan menambahkan sos gochujang sebagai penambah
rasa pada produk ini dan juga menambahkan rumpai laut
jenis wakame. Produk ini mengunakan 100% isi daripada
dada ayam yang kemudiannya di kisar sehingga menjadi
tekstur seperti daging cincang dan ditambah dengan sos
gochujang,seaweed wakame dan bahan-bahan yang lain.
Proses memasak sosej koktail ini pula melibatkan kaedah
merebus tetapi produk ini juga boleh dimasak menggunakan
kaedah menggoreng,mengrill dan membakar. Penyelidikan
ini bertujuan untuk menilai kualiti dari segi
tekstur,rasa,aroma dan penerimaan responden atau
pengguna terhadap Cocktail Sausage Gochujang With
Seaweed ini. Hasil kajian mendapatkan bahawa produk ini
mempunyai keseimbangan rasa,warna dan tekstur yang baik
dan produk ini mempunyai rasa unik tersendiri seperti rasa
sedikit pedas pada koktail yang tidak pernah dijumpai pada
mana-mana produk koktail di pasaran dan gabungan
daripada rasa rumpai laut wakame yang menyebabkan
Cocktail Sausage Gochujang With Seaweed ini berbeza
daripada produk koktail yang lain yang terdapat di pasaran.
Selain itu, produk ini juga sesuai dikomersialkan di pasaran
tempatan kerana rasanya yang unik berbanding produk
koktail yang lain.