PNR724: SILANGKATA KSK

DAMIA ERYNA BINTI BUKHARI KOLEJ VOKASIONAL MIRI

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0714 | 2 Likes | 28 Views | 14 times | LS: 16.1
Like it? | Support them now!

Silangkata Asas Nombor adalah inovasi kolaboratif berasaskan Teori Konstruktivisme, direka bagi mengatasi kesukaran pelajar Sijil Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional Miri dalam topik Penyelesaian Masalah Asas Nombor.

Produk ini berjaya menukar topik rumit kepada aktiviti ulangkaji dan pertandingan yang melibatkan 213 pelajar Kolej Vokasional Miri. Keunikan inovasi adalah penggunaan QR Code pada kad silangkata yang membolehkan pelajar galus merujuk jawapan salah secara kendiri, memupuk pembelajaran aktif.

Keberkesanan terbukti apabila kadar lulus pelajar galus mencapai 100% dengan PNGK 3.01 (14.5% gred A-). Secara keseluruhan, PNGK Matematik SVM melonjak dari 1.97 kepada 3.13—suatu peningkatan luar biasa! Silangkata ini bukan sahaja meningkatkan penguasaan Matematik, tetapi turut memupuk kemahiran kritikal TVET (Kepimpinan & Komunikasi) yang relevan dengan keperluan industri