SALEHHUDIN BIN YAHAYA KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
Inovasi Over Heating Sensor dibangunkan bagi mengatasi isu panas lampau enjin kenderaan yang sering berpunca daripada kecuaian pemandu dan kegagalan memantau suhu enjin. Sistem ini menggunakan penderia suhu, geganti dan penunjuk visual serta bunyi amaran untuk memberi makluman awal sebelum enjin mencapai tahap kritikal. Apabila suhu mencapai 85°C, lampu oren dan buzzer akan aktif, manakala pada 90°C, sistem akan memutuskan bekalan fuel pump serta mengaktifkan lampu merah. Inovasi ini mampu mencegah kerosakan enjin, mengurangkan risiko kebakaran, kos penyelenggaraan, dan melindungi nyawa serta harta pemilik kenderaan.