PNR573: GINGACAPS

MUHAMMAD HARIZ ABQARI BIN MOHAMMAD SYAIFUL BAHARI MRSM ATM BERA

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.2941 | 5 Likes | 17 Views | 19 times | LS: 25.5
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan bagi membangunkan Ginga Cap, iaitu kapsul berasaskan halia (Zingiber officinale) yang diformulasikan sebagai inovasi nutrasetikal tempatan. Sejak berabad lamanya, halia telah digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang pelbagai, antaranya membantu penghadaman, mengurangkan rasa mual, melegakan angin dalam badan, serta bertindak sebagai agen anti-radang dan antioksidan. Walaupun manfaat halia telah terbukti melalui kajian saintifik dan pengalaman turun-temurun, kaedah pengambilan secara konvensional seperti merebus atau memakan mentah sering mendatangkan cabaran dari segi rasa yang terlalu kuat, bau yang menyengat, kesukaran penyimpanan, serta kecenderungan menyebabkan loya kepada sesetengah individu. Hal ini menimbulkan keperluan kepada satu bentuk penyediaan yang lebih mudah, praktikal, dan diterima baik oleh pengguna moden. Ginga Cap dikembangkan melalui proses pemprosesan moden yang mengekalkan kandungan bioaktif utama halia seperti gingerol dan shogaol, sambil menambah baik kaedah pengambilannya melalui bentuk kapsul yang lebih mudah ditelan. Kaedah pembangunan melibatkan pengekstrakan, pengeringan, dan formulasi kapsul yang memenuhi standard kebersihan serta keselamatan. Penilaian awal dijalankan melalui kajian literatur dan soal selidik kepada pengguna bagi mengenal pasti tahap penerimaan dan persepsi mereka terhadap produk. Hasil kajian mendapati bahawa Ginga Cap bukan sahaja berupaya mengekalkan khasiat asli halia, malah menawarkan kelebihan tambahan iaitu mudah lawas, membantu melancarkan sistem penghadaman, serta tidak menyebabkan rasa loya seperti pengambilan halia mentah. Produk ini juga bersifat serba guna, sesuai digunakan sebagai suplemen harian bagi menyokong kesihatan tubuh badan, meningkatkan tenaga, dan mengekalkan kesejahteraan secara menyeluruh. Secara kesimpulannya, Ginga Cap merupakan inovasi herba yang berjaya menggabungkan nilai tradisional dengan pendekatan pemprosesan moden. Produk ini mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan dalam industri nutrasetikal dan kesihatan semula jadi, sekali gus menyumbang kepada peningkatan nilai ekonomi herba tempatan serta memenuhi permintaan pengguna terhadap gaya hidup sihat yang lebih praktikal dan mesra pengguna.