ACE659: Wearable Child Tracker With Messaging Integration

NUR NADHIRAH BINTI ABDUL RASHID POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.0526 | 1 Likes | 19 Views | 18 times | LS: 19.1
Like it? | Support them now!

Peranti ini merupakan peranti boleh pakai pintar yang berfungsi sebagai penjejak lokasi kanak-kanak dengan integrasi sistem pemesejan masa nyata. Ia menggunakan modul Mini ESP32 sebagai pengawal utama yang berkomunikasi dengan modul GPS bagi mengesan kedudukan semasa kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bergerak melebihi jarak kawalan yang ditetapkan atau menekan butang kecemasan, peranti akan menghantar notifikasi segera melalui aplikasi Telegram kepada ibu bapa yang mengandungi maklumat lokasi GPS terkini. Integrasi ini membolehkan ibu bapa memantau pergerakan anak secara langsung melalui telefon pintar serta bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan. Projek ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak, malah menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3: Kehidupan Sihat dan Sejahtera serta SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur melalui penerapan teknologi Internet of Things (IoT) dalam penyelesaian pintar berasaskan komuniti dan keluarga.