NVR653: TAMIL EZHUTHU BOX

JOHSUA A/L THEVATHASAN SJKT LADANG BANOPDANE

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 15 times | LS: 15.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Tamil Ezhuthu Box dihasilkan bagi membantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas mengenal, membaca dan menulis huruf Tamil. Berdasarkan pemerhatian, ramai murid tahap satu masih keliru dalam pengecaman huruf Tamil kerana kurang pendedahan dan bahan bantu yang menarik. Oleh itu, inovasi ini direka menggunakan bahan kitar semula seperti penutup botol plastik yang ditulis dengan huruf Tamil dan disusun diatas lembaran berpetak.Aktiviti dijalankan secara berpasangan. Seorang murid menyusun serta menyebut huruf manakala rakan bertugas menyemak jawapan. Selepas masa bermain selama lima minit, bilangan huruf yang kekal betul dikira untuk menentukan markah. Kaedah ini menggalakkan pembelajaran aktif , kolaboratif dan menyeronokkan dalam kalangan murid. 90% murid dapat mengenal huruf Tamil dengan lebih pantas selepas dua minggu penggunaan. Murid menunjukkan peningkatan dalam aktiviti membaca dan menulis.Selain membantu penguasaan literasi Bahasa Tamil, Tamil Ezhuthu Box turut menanam nilai kreativiti , kerjasama dan kesedaran terhadap kitar semula dalam kalangan murid.