NVR518: PROJEK X

HANAN BINTI ABDULLAH UMAR SK (1) GOMBAK

K3IC25 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 12 Views | 15 times | LS: 15.0
Like it? | Support them now!

Pendidikan Sains sekolah rendah menuntut kaedah PdPc yang inovatif bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap topik abstrak seperti haiwan yang pupus dan diancam kepupusan dalam DSKP Tahun 6. Walau bagaimanapun, pencapaian murid masih pada tahap sederhana apabila hanya 20% daripada keseluruhan murid Tahun 6 memperoleh TP6 manakala selebihnya mendapat TP1 hingga TP5 dan dilihat bosan untuk mengulang kaji dengan menggunakan kaedah bacaan dan hafalan atau paparan video yang terhad bagi  merangsang deria dan koginitif murid.Penghasilan Projek X ini adalah untuk meningkatkan motivasi murid, meningkatkan tahap pencapaian murid dan menvariasikan kaedah ulang kaji murid agar lebih menyeronokkan selaras dengan elemen pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Oleh itu, pembinaan inovasi Projek X berbentuk permainan kad diperkenalkan berasaskan Teori Koginitif Bruner yang menekankan pembelajaran melalui imej, objek konkrit dan simbol bagi meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap tajuk ini. Hasil dapatan turut menunjukkan tahap peningkatan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi keenam-enam sekolah di sekitar Gombak dan sebuah sekolah yang terdiri daripada murid orang Asli suku Temuan. Secara keseluruhannya, Projek X ini akan memberikan impak kepada tahap pencapaian murid bagi tajuk ini. Ia juga bersifat fleksibel dan berupaya digunakan bagi subjek lain seperti Bahasa Melayu dan sebagainya.