MUHAMMAD AMSYAR HAKIM BIN SYAMSUL KHADRI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR
Penggunaan hormon pengakaran sintetik dalam pertanian membantu mempercepatkan pertumbuhan tanaman, namun boleh menjejaskan alam sekitar jika digunakan secara berlebihan. Kajian ini bertujuan menghasilkan media semaian dengan bahan penggalak akar organik. Coco-Top Seedling Mix Media (Coco-Top), yang dicampur dengan mol bawang dan diperam semalaman, digunakan ke atas keratan mulberi dan bunga ros jepun. Hasil kajian menunjukkan Coco-Top memberi kesan signifikan terhadap pertumbuhan akar, setanding dengan hormon kimia. Oleh itu, Coco-Top berpotensi menjadi alternatif mesra alam dalam menggantikan hormon pengakaran sintetik dalam pertanian.