NUR ALEESYA AINA BINTI ZURIMAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
T
ABSTRAK
Sebuah cerek, kadang-kadang dipanggil sebuah teko teh. Adalah sejenis bekas yang diperbuat dari logam, khusus untuk mendidih air dengan menggunakan sumber tenaga haba, mempunyai tudung, muncung dan pemegang. Cerek boleh dipanaskan dengan meletakkan atas dapur atau oleh elemen pemanasan dalaman elektrik. Kegunaan setiap individu untuk memasak air dengan mudah. Dengan adanya cerek, masa yang diperuntukkan untuk memasak air dapat dikurangkan berbanding dengan menggunakan bekas lain seperti periuk. Cerek mudah dikendalikan dan lebih selamat. Walaubagaimanapun cerek mempunyai kelemahan terutama pada penggunaan tenaga haba yang tinggi terutama untuk memanas dan mendidihkan air dalam kuantiti tertentu. Untuk menjana tenaga haba yang tinggi, ianya memerlukan jumlah bahanapi yang banyak seperti gas memasak. Ini akan membebankan pengguna selain dari itu meningkatkan kos sara hidup. Inovasi ini bertujuan untuk meminimakan penggunaan masa dan bahanapi seperti gas memasak dalam proses memasak dan mendidihkan air. Dengan menggunakan Energy Saver mudahalih, ianya mempercepatkan tempoh pendidihan air. Selain dari itu ianya mampu meningkat suhu air dengan membantu pemindahan haba secara pengaliran dengan cepat. Ujikaji pendidihan telah dijalankan dengan memerhatikan tempoh pendidihan dan suhu air dalam cerek. Hasil dari permerhatian, didapati ianya telah mencapat objektif dan skop yang ditetapkan. Cerek yang menggunakan Energy Saver mudahalih mencapai takat didih yang lebih cepat berbanding dengan yang tidak menggunakannya. Energy Saver mudahalih ini boleh digunakan dalam mana-mana bekas memasak air. Penjimatan masa untuk memasak dan mendidihkan air dapat menjimat atau meminimakan penggunaan gas memasak memandangkan harga gas yang semakin meningkat berdasarkan harga petrolium di pasaran dunia.
Kata kunci: Cerek, Penjimatan tenaga, Pemindahan haba, Dapur gas, Masa memasak, Inovasi pemanasan air, Penggunaan bahan api, Kos sara hidup, Pendekatan cekap tenaga