Wan Muhammad B Wan Mohd Ridhwan SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Kipas-Cool ialah peranti pintar yang menggunakan pengaturcaraan di mana kipas berfungsi berdasarkan kelembapan ruang. Satu eksperimen telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kadar pengeringan pakaian dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kipas terutamanya di dalam rumah. Tahap kelembapan ruang telah ditetapkan dalam pengaturcaraan, dan kipas akan beroperasi secara automatik apabila kelembapan melebihi had tersebut.