PNR312: BIJONA (MINI DONUT BIJI NANGKA)

WIDYA ILLUSARI BINTI AZIZAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.2271 | 57 Likes | 251 Views | 54 times | LS: 123.9
Like it? | Support them now!

Bijona merupakan produk inovasi mini donut daripada biji nangka. Biji nangka yang selalunya dibuang telah diolah menjadi serbuk biji nangka yang digunakan dalam pembuatan doh donut. Tema produk "dari sisa menjadi selera", membawa objektif mengurangkan pembaziran dengan memanfaatkan biji nangka, menghasilkan produk mesra alam melaui konsep zero waste dan mencipta peluang ekonomi melalui penggunaan biji nangka. Penghasilan serbuk biji nangka melalui proses merebus, mengeringkan, mengisar dan membakar. Selepas penyediaan serbuk nangka, mini donut dihasilkan. Keaslian produk ini terletak pada serbuk biji nangka yang digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatannya. Bijona ini sesuai untuk dimakan oleh semua golongan terutama sekali peminat dessert. Tekstur produk ini rangup diluar dan chewy di dalam. Akhir sekali, Bijona ini diharapkan dapat memberikan impak dalam kelestarian alam sekitar dan mengurangkan pembaziran.