ACE211: KIT KEMBARA RUMAH IBADAT

DR.SIVARAJAN A/L PONNIAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 32 Views | 67 times | LS: 67.0
Like it? | Support them now!

KIT KEMBARA RUMAH IBADAT

1Lingessrao A/L Seemmatheri, 2Pravin Raj A/L Sivakumar 3Geetha A/P Thillaikarasu, 4Kaartika A/P Karunagaran, 5Kaithrey A/P Govindaraju, 6Shangkeri A/P Balasubramaniam, 7Rasshviny A/P Chandran

 

1234567Jabatan Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Kuala Ketil, Kedah, Malaysia

 

1[email protected]

 

ABSTRAK

Pembelajaran Sejarah sekolah rendah menekankan pemahaman budaya dan warisan masyarakat Malaysia. Murid didedahkan kepada rumah ibadat bagi memahami identiti masyarakat berbilang kaum. Menyokong hasrat ini, kit inovatif Kembara Rumah Ibadat dibangunkan untuk murid Tahun 5 selaras dengan Standard Pembelajaran 11.2.4. Kit ini berasaskan pendekatan interaktif, mesra murid dan peka budaya untuk menyemai rasa hormat dan penghargaan terhadap warisan negara. Kajian ini bertujuan membangunkan kit pengajaran yang membantu murid memahami pelbagai jenis rumah ibadat dan adat utama penganut agama di Malaysia secara mendalam. Kit ini merangkumi nota interaktif berbentuk roller dan dua tahap latihan mengikut aras kognitif murid. Latihan pertama melibatkan padanan key tag adat dengan agama, dibantu nota dan Kod QR untuk audio penjelasan. Latihan kedua menguji analisis murid melalui aktiviti mengenal pasti elemen tidak bersesuaian dalam kad soal dan mencatat jawapan yang betul. Dapatan awal menunjukkan kit Kembara Rumah Ibadat berjaya menarik minat murid melalui elemen visual, sentuhan dan audio. Murid pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran dapat mengikuti pengajaran secara lebih aktif dan bermakna. Terdapat juga peningkatan ketara dalam keupayaan mereka mengenal pasti rumah ibadat serta memahami adat dan amalan keagamaan secara tepat dan berhemah. Inovasi ini berpotensi besar sebagai BBM pelbagai deria dalam meningkatkan kefahaman serta perpaduan dalam kalangan murid.

 

Kata kunci: Rumah ibadat, Kit inovatif, Pendekatan pelbagai deria, Pemahaman antara pelbagai agama, Perpaduan kaum