PNR661: SMART PEST CONTROL SYSTEM

AHMAD DARWISH BIN MUSA SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.1429 | 1 Likes | 7 Views | 25 times | LS: 26.1
Like it? | Support them now!

Serangan serangga perosak seperti beluncas (Papilio sp.), kutu putih (Pseudococcus sp.) dan belalang (Atractomorpha sp.) menyebabkan kerosakan serius terhadap hasil tanaman. Projek Smart Pest Control System Berasaskan IoT Menggunakan Sensor Bunyi ini dibangunkan bagi mengenal pasti kehadiran serangga pada peringkat awal. Sensor bunyi mengesan frekuensi pergerakan serangga dan menghantar data kepada pengawal mikro ESP32 untuk diproses. Apabila isyarat dikesan, sistem akan menghantar notifikasi amaran kepada petani. Inovasi ini membantu meningkatkan kecekapan pemantauan ladang, mengurangkan penggunaan racun perosak serta menyokong pengurusan pertanian yang lebih lestari dan berteknologi tinggi.