MUHAMAD HAZRUL ASHWAD BIN MD YUSOFF KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
Projek Bahan Bantu Mengajar : Kit Rumah Pintar ( Sistem SONOF) bertujuan mengembangkan bahan bantu mengajar yang inovatif dan praktikal untuk pendawaian rumah kediaman menggunakan peranti automasi rumah Sonof. Dalam era di mana teknologi rumah pintar semakin berkembang, adalah penting untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan terkini mengenai pendawaian elektrik dan automasi rumah. Projek ini mengatasi beberapa cabaran dalam pendidikan Teknologi Elektrik, termasuk kekurangan bahan bantu mengajar praktikal, keterbatasan akses kepada latihan hands-on, dan kurangnya pendedahan kepada teknologi automasi rumah menggunakan Sonof 4 CH PRO R3. Projek Bahan Bantu Mengajar : Kit Rumah Pintar ( Sistem SONOF) melibatkan reka bentuk modul pembelajaran komprehensif yang merangkumi pengenalan kepada pendawaian rumah kediaman dengan Sonof, memasang dan mengkonfigurasi peranti Sonof dalam model rumah simulasi, memahami integrasi antara pendawaian tradisional dan teknologi automasi dan menekankan pentingnya keselamatan dalam pendawaian elektrik. Dengan menggunakan pendekatan yang interaktif dan praktikal, projek ini tidak hanya meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep pendawaian rumah tetapi juga menyediakan mereka dengan kemahiran yang relevan dalam pasaran kerja yang semakin memerlukan pengetahuan tentang teknologi rumah pintar. Projek Bahan Bantu Mengajar : Kit Rumah Pintar ( Sistem SONOF) ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan dalam bidang Teknologi Elektrik, menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam industri yang berkembang pesat, dan menjambatani jurang antara pendidikan dan keperluan industri semasa.