SITI DHANIYAH EL BATRISYAH BINTI AHMAD YUSOF MRSM JOHOR BAHRU
Sejarah dikatakan satu subjek yang sangat membosankan. Pengajaran dan pembelajaran di kelas yang terlalu formal menyebabkan pelajar tidak meminati subjek tersebut dan tidak tahu tentang cara mengulangkaji matapelajaran sejarah dengan lebih baik. Namun demikian, satu kaedah penyelesaian untuk mengatasi masalah ini adalah melalui kaedah digital dengan menggunakan platform menggunakan aplikasi di telegram. Kaedah ini dikenali sebagai "Studi Talk". Dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran ini, pelajar diberi satu tugasan berdasarkan subtopik dan merakam video tentang subtopik tersebut. Pelajar akan memuat naik subtopik tersebut dalam platform telegram untuk dikongsikan dalam aplikasi group telegram. Pelajar-pelajar lain akan menonton video ini dan akan menjawab kuiz selepas menonton video tersebut. Oleh itu, melalui kaedah "STUDY TALK" ini pelajar dapat mengulangkaji dengan lebih mudah dan efektif. Dapatan mendapati bahawa pelajar lebih teruja untuk membincangkan tajuk-tajuk dalam subjek sejarah dan boleh didengar oleh rakan-rakan lain dalam penggunaan aplikasi di telegram.