HARIS SAFWAN BIN ZULKIFLI Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Hikmah Puncak Alam
Projek ini membangunkan AUTOBIN, iaitu tong sampah pintar yang dilengkapi dengan sensor cahaya (LDR) dan buzzer sebagai sistem pengesan apabila tong sampah penuh. Apabila cahaya ke sensor dihalang oleh sampah, buzzer akan berbunti sebagai amaran kepada pengguna. Inovasi ini direka bagi mengatasi masalah sampah melimpah tanpa disedari yang boleh mencemar persekitaran. Dengan kos penghasilan yang rendah serta kemudahan penggunaan, AUTOBIN berpotensi untuk dikomersialkan dan digunakan secara meluas di rumah, sekolah, pejabat serta kawasan awam bagi menyokong amalan pengurusan sisa yang lebih cekap dan lestari.