PNR694: FNF 2025

ZAFRAN RUZAIN BIN MOHD RIDZUAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN MAAHAD AL-IMAM ASY SYAFIEE

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 20 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

FNF 2025 adalah singkatan kepada "Free Natural Fertilizer". Ianya adalah satu projek inovasi yang saya perolehi ketika melihat ibu saya membersihkan longkang di rumah. Saya terfikir kenapa lumut tersebut perlu di buang. Jawapan ibu ringkas "kalau tak buang lumut ni nanti, air di longkang tak dapat mengalir dengan baik'. Pada mulanya saya fikir, lumut di longkang tersebut berbau busuk. Sangkaan saya meleset kerana lumut tersebut berbau seperti rumput segar di padang. Saya sangat suka bau semulajadi tersebut. Melalui eksperimen kecil ini, saya terfikir untuk menjadikan lumut ini sebagai baja yang sihat. Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, saya mencampurkan sedikit garam kasar bagi meransang pertumbuhan lumut tersebut. Baja yang terdapat di pasaran semakin hari semakin mahal harganya. Oleh yang demikian, inovasi ini dapat membantu masyarakat berjimat, dapat mengurangkan kos kehidupan seharian dan paling baik dapat melestarikan alam sekitar yang kita sayangi. FNF 2025 ini akan membuka mata semua orang bahawa walaupun usaha yang kecil untuk selamatkan bumi, kesannya begitu besar pada alam sekitar. Baja yang terdapat di pasaran, ada yang mempunyai bahan kimia yang merbahaya pada manusia, haiwan dan alam sekitar. Komposisi baja juga sentiasa berubah-rubah mengikut sumber yang ada. Cuba kita bayangkan, kita makan sayur-sayuran yang mempunyai toksik hasil dari penggunaan baja yang mempunyai bahan kimia yang tidak baik. Sudah tentu kita akan terdedah kepada jangkitan penyakit yang merbahaya. Di samping itu juga, FNF 2025 ini dapat menyihatkan tanaman dan mengelakkan campuran bahan kimia pada tanaman. Hasil tanaman akan lebih berkhasiat dan boleh dimakan tanpa seribu keraguan. FNF boleh dipasarkan secara meluas dengan teknik "packaging" yang menarik dan "trendy". Sudah tentu pengguna di dalam talian mudah tertawan dengan FNF 2025 ini. "Mudah, Murah dan Sayangi Bumi".