PNR756: SILANGKATA TOPIK SETS

ALBERTADAM ANDARIAS KOLEJ VOKASIONAL MIRI

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 19 Views | 28 times | LS: 28.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Silangkata Topik Sets dibangunkan oleh pelajar Program Teknologi Automotif Kolej Vokasional Miri untuk memperkukuh penguasaan topik himpunan (sets) dalam subjek Matematik A03201. Projek yang bermula 23 Oktober 2024 ini melibatkan pelajar secara aktif membina permainan silang kata, berlandaskan Teori Konstruktivisme Vygotsky yang menekankan pembelajaran kolaboratif.

Aktiviti pertandingan yang dianjurkan pelajar berjaya meningkatkan minat dan penglibatan. Data menunjukkan peningkatan ketara: skor purata ujian pra-pos melonjak dari 49 ke 92, peratusan lulus meningkat dari 11 kepada 28/30 pelajar, dan purata PNG melonjak dari 1.7 (D+) kepada 2.78 (B-). Dapatan soal selidik menunjukkan 100% peserta bersetuju inovasi ini menyeronokkan dan bermakna. Inovasi ini membuktikan keberkesanan penglibatan pelajar dalam menghasilkan aktiviti pembelajaran berimpak tinggi