AQLAN RIZQI BIN AHMAD SUFFIAN SK TASEK UTARA
Projek “Mark the Saviour” ialah sebuah permainan digital yang dibangunkan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Permainan ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16): Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh. Melalui konsep gamifikasi, murid belajar tentang tanggungjawab dan kesan pencemaran alam dengan cara yang menyeronokkan. Reka bentuk permainan menggunakan gaya ‘pixel-style’ yang menarik dan berwarna-warni bagi memberikan pengalaman bermain yang unik. Objektif utama projek ini ialah untuk mendidik pemain agar lebih prihatin terhadap alam sekitar serta menggalakkan tindakan positif demi kelestarian bumi. Projek ini menunjukkan bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui permainan, sambil menanam nilai keadilan, tanggungjawab dan kasih terhadap alam.