ACE479: KEREPEK SIRA KULIT LIMAU BALI

ROZANA BINTI MOHD RAHIM KOLEJ VOKASIONAL GERIK

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.0127 | 1 Likes | 79 Views | 50 times | LS: 51.0
Like it? | Support them now!

Limau bali atau limau tambun merupakan sejenis limau besar yang banyak ditanam di Malaysia, Indonesia, China dan Thailand. Citrus Grandis (L) atau Citrus Maxima merupakan nama saintifik untuk buah limau bali. Terdapat banyak khasiat limau bali seperti menurunkan kolestral dan melawan penyakit jantung serta tinggi kandungan vitamin C. Namun begitu, kulit limau bali juga mempunyai khasiat iaitu bersifat antibakteria dan antifungi berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Biasanya kulit limau bali dibuang selepas isinya diambil dan kebanyakkan orang ramai tidak tahu kebaikkan kulit bali. Oleh itu, pengkaji ingin menghasilkan produk kerepek sira berasaskan kulit limau bali. Jadi ia dapat mengurangkan pembuangan sisa buah limau bali. Kemudian pengkaji ingin mengenalpasti penerimaan masyarakat terhadap produk yang dihasilkan untuk nilai komersial. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif di mana instrumen soal selidik digunakan untuk membangunkan produk. Penghasilan produk ini dapat mengelakkan pembuangan dan pembaziran kulit limau bali. Selain itu, kulit limau bali boleh dijadikan snek yang berkhasiat dan boleh dinikmati bukan sahaja oleh orang dewasa tetapi kanak-kanak juga. Di masa hadapan mungkin produk ini boleh divariasikan dengan pelbagai perisa yang dapat menarik minat masyarakat. Penghasilan produk kerepek sira berasaskan kulit limau bali dapat diterima oleh semua peringkat masyarakat dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.