PNR766: ABBAD 2.0

DAVIAN UNCHIT ANAK DAVID KOLEJ VOKASIONAL MIRI SARAWAK

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.1111 | 2 Likes | 18 Views | 17 times | LS: 19.2
Like it? | Support them now!

Kajian inovasi ini memperkenalkan ABBAD (Alat Bantu Belajar Asas Dua 2.0), satu pendekatan pembelajaran aktif berasaskan permainan peranan (role play), kolaboratif dan penggunaan bahan bantu konkrit yang dibina khusus untuk meningkatkan penguasaan topik ‘Asas Nombor’ dalam kalangan 211 pelajar SVM Semester 2 Kohort 2024 di Kolej Vokasional Miri. Intervensi ini dijalankan susulan keputusan Matematik Semester 1 yang membimbangkan, iaitu kadar lulus hanya 54.5% dan Purata Nilai Gred (PNG) serendah 1.97.Keberkesanan ABBAD 2.0 disokong oleh dapatan ujian pra dan pos yang menunjukkan lonjakan skor kefahaman pelajar daripada 56.3% kepada 84%. Hasil soal selidik pula membuktikan 81.4% pelajar sangat faham konsep asas nombor (asas 2, 8, 10), 83.4% berasa sangat yakin menjawab soalan, 79% menganggap kaedah ini mudah dan menyeronokkan, manakala 83.7% mencadangkan ia diperluas ke topik lain. Inovasi ini melonjakkan kadar lulus kepada 95.7%, PNG meningkat kepada 3.13 dan bilangan pelajar cemerlang (A/A-) bertambah 5.2% kepada 39.4%, menjadikan kohort ini terbaik dalam tempoh lima tahun. Impak ini telah menyaksikan 130 daripada 211 pelajar menerima Anugerah Peningkatan Matematik pada 14 Mei 2025. Inovasi ini akan diteruskan kerana berpotensi dikembangkan ke topik lain demi kecemerlangan berterusan.