PNR232: PENAMBAHBAIKAN KAEDAH MELARAS MATA ALAT MELARIK MENGGUNAKAN PEMEGANG MATA ALAT BOLEH LARAS BAGI KEGUNAAN PELAJAR DI BENGKEL PEMESINAN

Faris Qawiem Bin Rosmi Kolej Vokasional Shah Alam

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0444 | 2 Likes | 45 Views | 56 times | LS: 58.1
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan bagi menambah baik kaedah melaras mata alat melarik dengan memperkenalkan penggunaan pemegang mata alat boleh laras yang direka khas untuk kegunaan pelajar di bengkel pemesinan Kolej Vokasional. Kaedah tradisional yang digunakan ketika ini didapati kurang efisien dan boleh menimbulkan risiko keselamatan serta kesukaran dalam memastikan ketepatan larasan alat, terutamanya bagi pelajar yang masih belum mahir. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk, membangunkan dan menilai keberkesanan pemegang mata alat boleh laras dari segi kemudahan penggunaan, ketepatan pelarasan dan keselamatan. Kaedah kajian melibatkan reka bentuk produk, ujian penggunaan oleh pelajar, bagi mendapatkan keberkesanan alat tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan pemegang mata alat boleh laras ini dapat meningkatkan kecekapan kerja melarik pelajar, mengurangkan masa penyediaan mesin, serta mengurangkan kesilapan pelarasan alat. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa penambahbaikan peralatan latihan seperti ini mampu meningkatkan kualiti pembelajaran amali serta keselamatan dalam bengkel pemesinan Kolej Vokasional.