ATIF RAID BIN RIZUAN SMK DATO HAJI HASSAN YUNOS
AI SEGAK Assistant merupakan satu inovasi berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) yang dibangunkan bagi memodenkan proses penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) di sekolah. Sistem ini menggunakan sensor elektronik seperti pengukur ketinggian, berat badan, serta paparan data melalui skrin OLED bagi mendapatkan ukuran yang tepat dan pantas. Data yang dikumpul akan dihantar terus ke Google Sheets secara automatik untuk tujuan rekod dan analisis. Selain itu, penunjuk LED berfungsi memberi maklum balas segera kepada pelajar mengenai status Indeks Jisim Badan (BMI) – hijau (normal), kuning (kurang berat), dan merah (lebih berat/obes).