PNR705: TONG SAMPAH AUTOMATIK

SUMAYYAH YASMINBINTI SAKI SMK CHE TOM

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.1429 | 2 Likes | 14 Views | 24 times | LS: 26.3
Like it? | Support them now!

Projek ini dibangunkan untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kemudahan dalam 
penggunaan tong sampah, terutamanya di tempat awam. Dengan sistem automatik, 
pengguna tidak perlu menyentuh penutup tong, sekaligus mengurangkan risiko penyebaran 
bakteria dan virus. Sistem ini menggunakan sensor ultrasonik (HC-SR04) untuk mengesan kehadiran objek 
(seperti tangan) dalam jarak tertentu. Apabila dikesan, servo motor akan menggerakkan 
penutup tong untuk membukanya secara automatik. Selepas beberapa saat, penutup akan 
ditutup semula secara automatik.  Bahan yang digunakan ialah Open-Source hardwhere (Arduino) ,Ultrasonic sensor dan Open-Source software (App Inventor)-pictoblock . Projek ini menyumbang kepada amalan kebersihan pintar (smart hygiene) dan automasi harian, selari dengan arah tuju teknologi semasa seperti Smart City dan IoT (Internet of Things). Ia juga sesuai dilaksanakan di tempat seperti sekolah, hospital, pejabat, dan tempat 
awam.