RANIA SOFIA BINTI SHAHBANI AZWAR SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST PARIT BUNTAR
LET’S 2.0 – Leisure Explorace Terms in Space 2.0 ini ialah sebuah permainan digital interaktif yang direka untuk mengaplikasikan kemahiran penggunaan Scratch 3.0. LET’S ini merupakan inspirasi idea daripada konsep pengembaraan santai dalam sistem suria berdasarkan permainan ‘Planet Gravity Escape’. Pendekatan inovasi gamifikasi ini dapat memberi impak keberkesanan alat e-pembelajaran interaktif dalam meningkatkan penglibatan murid yang sukar untuk mengingat fakta jika hanya bergantung pada teks. Oleh itu, LET'S direka sebagai satu gamifikasi interaktif dalam pendidikan yang menggabungkan elemen penerokaan, fakta astronomi, dan simulasi visual bagi merangsang minat murid terhadap ilmu sistem suria. Membawakan konsep jelajah angkasa di dalam kelas. LET’S 2.0 adalah kategori SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti. LET’S 2.0 menyediakan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah diakses oleh semua murid, termasuk murid pelbagai tahap kebolehan. Aktiviti berbentuk eksplorasi memberi peluang murid belajar dalam suasana santai tetapi tetap bermakna.
Kajian awal menunjukkan bahawa inovasi LET’S 2.0 ini berpotensi untuk meningkatkan tahap pemahaman konsep sains angkasa di kalangan murid sekolah rendah dan menengah sertan memupuk minat terhadap bidang STEM. Inovasi ini juga sesuai sebagai bahan bantu mengajar untuk guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Selain itu, inovasi ini dapat membantu meningkatkan kemahiran eksplorasi dalam dunia pendigitalan.
Kesimpulannya, LET’S ialah satu inovasi digital yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan dan memperkasakan Pendidikan abad ke-21. LET’S2.0 ini telah disebarluas kepada guru-guru dan juga murid di sekolah-sekolah sekitar dengan perkonsian pautan pembelajaran. Produk LET’S 2.0 ini telah melepasi tahap 6 pada ‘Technology Readiness Level’ (TRL6).
Kata kunci: Scratch 3.0, inovasi, permainan digital, e-pembelajaran, gamifikasi