ACE782: Alat Mempelas Injap Berasaskan Mekanikal (AMIBM)

ALYAA QAISARA SYAFII'AH BINTI ABDUL ZAHIR KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

K3IC25 | Ace Innovator

CR: 0.2143 | 9 Likes | 42 Views | 16 times | LS: 26.9
Like it? | Support them now!

Alat Mempelas Injap Berasaskan Mekanikal (AMIBM) merupakan inovasi yang dihasilkan di Bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Kuantan bagi mengatasi masalah penggunaan tenaga dan masa yang tinggi semasa proses mempelas injap kepala silinder. Reka bentuk AMIBM membolehkan kerja pemelasan dilakukan dengan lebih mudah, selamat dan efisien. Kajian melibatkan 40 pelajar automotif menunjukkan maklum balas positif terhadap keberkesanan alat ini. Inovasi AMIBM bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja, malah membantu pelajar memahami proses penyelenggaraan enjin dengan lebih praktikal dan profesional.