AFIQAH BINTI RAIZUL MAZHA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO PENGGAWA TIMUR
Mutakhir ini, remaja kurang mendapat pendedahan tentang penjimatan elektrik. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan penggunaan tenaga meningkat daripada 11 685.35 unit pada tahun 2020 kepada 16 396.78 unit pada tahun 2024. Bagi mengatasi masalah ini, kami membangunkan aplikasi Flare Force Academy (FFA) menggunakan Scratch. Aplikasi ini berkonsepkan gamifikasi dengan dua komponen utama, iaitu Pulau Pembelajaran yang menyediakan nota dan Pulau Kabus Kuasa yang menguji pemain melalui kuiz. Pemain yang berjaya memperoleh markah penuh akan menerima ganjaran berbentuk permainan. Implikasinya, FFA menjadikan pembelajaran lebih interaktif, menyeronokkan, dan meningkatkan kesedaran remaja tentang penjimatan elektrik.