Kebanyakan bekas semaian yang dijual di pasaran di perbuat daripada plastik dan hanya digunakan sekali sahaja. Ini bukan sahaja menambah kos malah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Selain itu, masyarakat kurang menyedari bahawa bahan buangan seperti bekas telur boleh digunakan semula untuk tujuan pertanian. Oleh itu, kami menghasilkan bekas semaian daripada bekas telur . Ia bukan sahaja mengurangkan penggunaan plastik melalui bahan kitar semula malah memberi alternatif bekas semaian yang lebih murah dan mesra alam dan dapat memupuk minat terhadap pertanian dalam kalangan pelajar . Bekas semain kitar semula ini dapat mengurangkan kos pembelian dan memberi peluang kepada masyarakat diluar sana untuk membuat aktiviti secara praktikal dan mengetahui kepentingan alam sekitar. Kesimpulannya , kita dapat mengurangkan sisa buangan seperti bekas telur dan dapat memberi pengalaman pembelian secara praktikal kepada pelajar tentang kitar semula dan tanaman