PNR750: ECO SPARK STARTER

MUHAMAD AFIQ ZAKWAN BIN MOHD SHUKRI SMK SHAHBANDARAYA

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 19 Views | 32 times | LS: 32.0
Like it? | Support them now!

Eco Spark Starter merupakan inovasi mesra alamdalam bentuk pencetus api (fire starter) yang dihasilkandaripada bahan buangan organik seperti tahi lembu, hampas tebu dan bunga cengkih. Produk inidibangunkan sebagai alternatif lestari kepada bahannyalaan konvensional yang lazimnya mengandungibahan kimia toksik serta berpotensi mencemarkan alamsekitar.

Hampas tebu digunakan sebagai bahan utamakerana sifatnya yang mudah terbakar dan mempunyaikandungan serat tinggi, manakala tahi lembuberperanan sebagai bahan pengikat semula jadi yang turut menyumbang kepada proses pembakaran yang lebih stabil dan efisien. Selain itu, bunga cengkihditambah bukan sahaja untuk menghasilkan aroma yang menyenangkan semasa pembakaran, tetapi juga kerana sifat anti-serangganya yang membantu dalamaspek penyimpanan produk.

Produk ini direka khas untuk memudahkanpengguna dalam aktiviti luar seperti berkhemah, memasak menggunakan dapur kayu, membakar arangdan juga sebagai alat bantuan kecemasan. Eco spark starter mudah digunakan, tiada toksik, selamatdikendalikan dan mampu mengurangkankebergantungan terhadap produk petroleum. Inisiatif initurut menyumbang kepada usaha kitar semula sisaorganik pertanian dan penternakan secara berkesan. Produk ini membuktikan bahawa sisa semula jadiberpotensi untuk diubah menjadi sumber tenagaalternatif yang mampan dan rendah impak terhadapalam sekitar.