PNR621: SMART WORM BIN

SAYYED IZZUL ZIQRI BIN SAYUTI SMA Repah

K3IC25 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 32 Views | 42 times | LS: 42.0
Like it? | Support them now!

Smart Worm Bin ialah inovasi tong kompos pintar yang menggabungkan konsep biologi, teknologi dan kelestarian alam. Projek ini menggunakan cacing African Night Crawler (ANC) untuk menguraikan sisa organik seperti sisa sayur, buah dan kotak telur menjadi baja organik berkualiti tinggi yang dikenali sebagai BajaCing. Sistem ini dilengkapi sensor suhu serta kelembapan, paparan LCD dan humidifier automatik bagi memastikan habitat cacing stabil tanpa kawalan manual. Penggunaan kotak telur sebagai bahan karbon membantu menyerap cecair dan mengurangkan bau. Smart Worm Bin berpotensi diaplikasi di sekolah serta komuniti sebagai solusi lestari sisa makanan selari dengan SDG 12.